Sunday, August 14, 2011

Summer Holiday


In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana dapat juga aku menjejakkan kaki ke tanah air tercinta ini buat kali ke 2 pada tahun ini bersamaan dengan 10hb Ogos yang lalu. Kali pertama waktu revolusi dulu, bukan sebab homesick ye. Ngee~

Alhamdulillah dan sujud syukur, akhirnya tamat sudah pengajianku sebagai pelajar tahun dua kuliah perubatan Universiti Tanta. Segala kenangan2 di waktu tahun dua akan aku jadikan iktibar untuk memperbaiki diri pada masa hadapan.

Kalau nak diingatkan kembali, usaha aku sangat2lah kurang kalau nak dibandingkan ketika berada di tahun satu dulu. Teknik belajar pun tak seeffektif masa tahun satu. Tambahan pula dengan masalah2 lain yang aku hadapi. Semua itu memang sangat2 menguji aku. Tapi aku tetap bersyukur sebab ALLAH masih lagi memakbulkan doaku, masih lagi memberi peluang kepadaku walaupun aku sering kali lupa dengan nikmat2NYA.

Dan kini aku sudah berazam untuk menggunakan peluang yang telah ALLAH berikan kepadaku ini dengan sebaik mungkin insyaALLAH. Aku akan tebus segala kesalahan2ku dahulu. Aku akan buktikan yang aku juga mampu untuk berjaya seperti orang lain. 

Untuk cuti di Malaysia ini,aku akan cuba untuk mempersiapkan diri sedikit demi sedikit dari semua segi insyaALLAH. Harap2 dapat buat. HUHU. Harap masih belum terlambat lagi nak wish selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa kat semua. Moga ramadhan kali ini lebih diberkati dan lebih sempurna insyaALLAH~ Sama-samalah kite merebut pahala di bulan yang mulia ini.








2 patient's comments:

amira rasyidah said...

ehem2.bau baru la blog die :P

nad said...

ngee~ waa dasatnye bole bau sampai ke sana:p

Post a Comment

copyright reserved, by http://cheekyzbaby.blogspot.com