Wednesday, August 17, 2011

Nasi Ayam Hailam

In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious


Salam. Apa khabar semua? sihat ke? Iman sihat? Harap2 ok semuanya. Harini nad nak share satu resipi yang nad masak sempena buka puasa baru2 ni. Kitorang satu family ni jenis bukan beli makanan kat bazar. Jadi kenala masak sendiri kat rumah. Lagi2 nad tengah cuti summer kat malaysia ni kan. Kenala tolong family. Biasanya papa yang masak untuk berbuka. Tapi memandangkan papa selalu balik keje lambat,jadi nad la kena masak.

Masakan pertama yang nad masak untuk family semenjak balik Malaysia dan sempena berbuka kali ni ialah NASI AYAM HAILAM. Bunyi macam sedap je. Sedap ke? HEHEHE. Untuk makanan ni takde la nad buat 100% sendiri. Tengok resipi tapi modified2 sikit. Biasala,bak kata papa kene ada inovasi sikit. HUHU.

Okla sharing is caring kan, nad tunjuk kan macam mana resipi nak buat nasi ayam hailam ni. Ni hidangan untuk 8 orang ye. Maklumlah family besar.ngee~ Lets go!


BAHAN2 UNTUK MEMBUAT NASI

  • 5 pot beras
  • bawang putih 8 ulas
  • bawang merah 6 ulas
  • halia 2 cm
  • daun pandan (ikut suka nak banyak mana)
  • minyak sapi
  • air rebusan ayam mengikut kesesuaian beras

BAHAN2 UNTUK MEMBUAT AYAM
  • ayam(ikut sukahati nak banyak mana)
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit kicap cair
  • halia 4cm
  • bunga lawang(tambahan)
  • buah pelaga(tambahan)
  • garam
BAHAN2 UNTUK MEMBUAT KICAP UNTUK AYAM
  • 2 camca besar kicap cair
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh perasa
  • 1 camca teh minyak bijan
  • sedikit air rebusan ayam 


CARA-CARA MEMBUAT AYAM DAN SUP

1. Didihkan air di dalam periuk. Agak-agak melebihi paras ayam di dlm periuk tersebut.
2. Letak sedikit halia,buah pelaga, bunga lawang dan garam.
3. Rebus selama lebih kurang 30 minit.
4. Kemudian,keluarkan ayam dan sejukkan ayam tersebut.
5. Air rebusan tadi di simpan untuk membuat sup,nasi dan kuah kicap ayam.


CARA-CARA MEMBUAT NASI

1. Letakkan 4 camca besar minyak sapi.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan beras dan gaul hingga rata.
4. Kemudian,pindahkan beras yg telah digaul rata tadi ke dalam periuk nasi.
5. Letak daun pandan.
6. Bubuh air rebusan ayam tadi secukupnya ke dalam beras.
7. Tunggu hingga masak.


CARA-CARA MEMBUAT AYAM

1. Ayam yang dikeringkan tadi disapu dengan sedikit minyak bijan dan kicap cair.
2. Tunggu hingga kering.
3. Kemudian sapu semula minyak bijan dan kicAp cair tadi.
4. Ulang step 1 hingga 3 beberapa kali (ikut suka hati) hingga nampak ala2 kekuningan gitu.
5. Goreng hingga garing.
6. Potong untuk dihidangkan.


CARA-CARA MEMBUAT KICAP UNTUK AYAM

1. Gaulkan kesemua bahan2 tadi hingga rata.
2. Siap untuk dihidangkan.


CARA-CARA MEMBUAT SUP

1. Gunakan air rebusan ayam tadi.
2. Letakkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.
3. Siap untuk dihidangkan.


CARA-CARA MEMBUAT SOS CILI NASI AYAM

1. Yang ni nad guna sos cili yang dah siap. Sos cili thailand ginger tu. :)
2. Siap untuk dihidangkan.



DAN HASILNYA..


JENG3....



Ni gamba original tau. HEHEHE. (nak jugak tu :p)

Nad takdelah terer mana tapi saja je nak kongsi2 ilmu sikit sempena Ramadhan ni. Lagi2 tengah cuti kan..hehe. Komen dari ayah nad, boleh tahan.. ingat x jadi.kih3.. Tapi papa puji ayam tu sedap.yummy2.. Kalau tak percaya cubalah sendiri ^_^



Sunday, August 14, 2011

Summer Holiday


In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana dapat juga aku menjejakkan kaki ke tanah air tercinta ini buat kali ke 2 pada tahun ini bersamaan dengan 10hb Ogos yang lalu. Kali pertama waktu revolusi dulu, bukan sebab homesick ye. Ngee~

Alhamdulillah dan sujud syukur, akhirnya tamat sudah pengajianku sebagai pelajar tahun dua kuliah perubatan Universiti Tanta. Segala kenangan2 di waktu tahun dua akan aku jadikan iktibar untuk memperbaiki diri pada masa hadapan.

Kalau nak diingatkan kembali, usaha aku sangat2lah kurang kalau nak dibandingkan ketika berada di tahun satu dulu. Teknik belajar pun tak seeffektif masa tahun satu. Tambahan pula dengan masalah2 lain yang aku hadapi. Semua itu memang sangat2 menguji aku. Tapi aku tetap bersyukur sebab ALLAH masih lagi memakbulkan doaku, masih lagi memberi peluang kepadaku walaupun aku sering kali lupa dengan nikmat2NYA.

Dan kini aku sudah berazam untuk menggunakan peluang yang telah ALLAH berikan kepadaku ini dengan sebaik mungkin insyaALLAH. Aku akan tebus segala kesalahan2ku dahulu. Aku akan buktikan yang aku juga mampu untuk berjaya seperti orang lain. 

Untuk cuti di Malaysia ini,aku akan cuba untuk mempersiapkan diri sedikit demi sedikit dari semua segi insyaALLAH. Harap2 dapat buat. HUHU. Harap masih belum terlambat lagi nak wish selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa kat semua. Moga ramadhan kali ini lebih diberkati dan lebih sempurna insyaALLAH~ Sama-samalah kite merebut pahala di bulan yang mulia ini.








copyright reserved, by http://cheekyzbaby.blogspot.com