Monday, April 5, 2010

Teman Sejati


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus ku kirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau sahabatku kau teman sejati

Al-Fatihah buat Allahyarham Ahmad Sarhan yg telah
kembali menemuiNYA pada 11 Mac 2010.


Sahabatku,
Akan ku sambung cita-citamu menjadi seorang
muslimah doktor yg berjaya insyaALLAH.
Aminn.

Terima kasih di atas segalanya.


2 patient's comments:

farihah asri said...

=)
insyaAllah kita semua same2 teruskan perjuangan dia..

dyra said...

insyaALLAH..:)
kuatkan smgt k.
pjlnn masih pnjg..

Post a Comment

copyright reserved, by http://cheekyzbaby.blogspot.com