Tuesday, June 5, 2012

Final Exam



In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious




Mohon doa daripada semua untuk exam yg sedang berlangsung :) 

* practical exams are already done on May
       currently are written and oral 
                                                                                                                                       

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday


In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious




Wednesday, August 17, 2011

Nasi Ayam Hailam

In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious


Salam. Apa khabar semua? sihat ke? Iman sihat? Harap2 ok semuanya. Harini nad nak share satu resipi yang nad masak sempena buka puasa baru2 ni. Kitorang satu family ni jenis bukan beli makanan kat bazar. Jadi kenala masak sendiri kat rumah. Lagi2 nad tengah cuti summer kat malaysia ni kan. Kenala tolong family. Biasanya papa yang masak untuk berbuka. Tapi memandangkan papa selalu balik keje lambat,jadi nad la kena masak.

Masakan pertama yang nad masak untuk family semenjak balik Malaysia dan sempena berbuka kali ni ialah NASI AYAM HAILAM. Bunyi macam sedap je. Sedap ke? HEHEHE. Untuk makanan ni takde la nad buat 100% sendiri. Tengok resipi tapi modified2 sikit. Biasala,bak kata papa kene ada inovasi sikit. HUHU.

Okla sharing is caring kan, nad tunjuk kan macam mana resipi nak buat nasi ayam hailam ni. Ni hidangan untuk 8 orang ye. Maklumlah family besar.ngee~ Lets go!


BAHAN2 UNTUK MEMBUAT NASI

  • 5 pot beras
  • bawang putih 8 ulas
  • bawang merah 6 ulas
  • halia 2 cm
  • daun pandan (ikut suka nak banyak mana)
  • minyak sapi
  • air rebusan ayam mengikut kesesuaian beras

BAHAN2 UNTUK MEMBUAT AYAM
  • ayam(ikut sukahati nak banyak mana)
  • sedikit minyak bijan
  • sedikit kicap cair
  • halia 4cm
  • bunga lawang(tambahan)
  • buah pelaga(tambahan)
  • garam
BAHAN2 UNTUK MEMBUAT KICAP UNTUK AYAM
  • 2 camca besar kicap cair
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh perasa
  • 1 camca teh minyak bijan
  • sedikit air rebusan ayam 


CARA-CARA MEMBUAT AYAM DAN SUP

1. Didihkan air di dalam periuk. Agak-agak melebihi paras ayam di dlm periuk tersebut.
2. Letak sedikit halia,buah pelaga, bunga lawang dan garam.
3. Rebus selama lebih kurang 30 minit.
4. Kemudian,keluarkan ayam dan sejukkan ayam tersebut.
5. Air rebusan tadi di simpan untuk membuat sup,nasi dan kuah kicap ayam.


CARA-CARA MEMBUAT NASI

1. Letakkan 4 camca besar minyak sapi.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan beras dan gaul hingga rata.
4. Kemudian,pindahkan beras yg telah digaul rata tadi ke dalam periuk nasi.
5. Letak daun pandan.
6. Bubuh air rebusan ayam tadi secukupnya ke dalam beras.
7. Tunggu hingga masak.


CARA-CARA MEMBUAT AYAM

1. Ayam yang dikeringkan tadi disapu dengan sedikit minyak bijan dan kicap cair.
2. Tunggu hingga kering.
3. Kemudian sapu semula minyak bijan dan kicAp cair tadi.
4. Ulang step 1 hingga 3 beberapa kali (ikut suka hati) hingga nampak ala2 kekuningan gitu.
5. Goreng hingga garing.
6. Potong untuk dihidangkan.


CARA-CARA MEMBUAT KICAP UNTUK AYAM

1. Gaulkan kesemua bahan2 tadi hingga rata.
2. Siap untuk dihidangkan.


CARA-CARA MEMBUAT SUP

1. Gunakan air rebusan ayam tadi.
2. Letakkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.
3. Siap untuk dihidangkan.


CARA-CARA MEMBUAT SOS CILI NASI AYAM

1. Yang ni nad guna sos cili yang dah siap. Sos cili thailand ginger tu. :)
2. Siap untuk dihidangkan.



DAN HASILNYA..


JENG3....



Ni gamba original tau. HEHEHE. (nak jugak tu :p)

Nad takdelah terer mana tapi saja je nak kongsi2 ilmu sikit sempena Ramadhan ni. Lagi2 tengah cuti kan..hehe. Komen dari ayah nad, boleh tahan.. ingat x jadi.kih3.. Tapi papa puji ayam tu sedap.yummy2.. Kalau tak percaya cubalah sendiri ^_^



Sunday, August 14, 2011

Summer Holiday


In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi kerana dapat juga aku menjejakkan kaki ke tanah air tercinta ini buat kali ke 2 pada tahun ini bersamaan dengan 10hb Ogos yang lalu. Kali pertama waktu revolusi dulu, bukan sebab homesick ye. Ngee~

Alhamdulillah dan sujud syukur, akhirnya tamat sudah pengajianku sebagai pelajar tahun dua kuliah perubatan Universiti Tanta. Segala kenangan2 di waktu tahun dua akan aku jadikan iktibar untuk memperbaiki diri pada masa hadapan.

Kalau nak diingatkan kembali, usaha aku sangat2lah kurang kalau nak dibandingkan ketika berada di tahun satu dulu. Teknik belajar pun tak seeffektif masa tahun satu. Tambahan pula dengan masalah2 lain yang aku hadapi. Semua itu memang sangat2 menguji aku. Tapi aku tetap bersyukur sebab ALLAH masih lagi memakbulkan doaku, masih lagi memberi peluang kepadaku walaupun aku sering kali lupa dengan nikmat2NYA.

Dan kini aku sudah berazam untuk menggunakan peluang yang telah ALLAH berikan kepadaku ini dengan sebaik mungkin insyaALLAH. Aku akan tebus segala kesalahan2ku dahulu. Aku akan buktikan yang aku juga mampu untuk berjaya seperti orang lain. 

Untuk cuti di Malaysia ini,aku akan cuba untuk mempersiapkan diri sedikit demi sedikit dari semua segi insyaALLAH. Harap2 dapat buat. HUHU. Harap masih belum terlambat lagi nak wish selamat menyambut bulan ramadhan dan berpuasa kat semua. Moga ramadhan kali ini lebih diberkati dan lebih sempurna insyaALLAH~ Sama-samalah kite merebut pahala di bulan yang mulia ini.








Saturday, May 14, 2011

Kurma VS Study


In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :


 "jika pun berlaku kiamat, sedangkan ditangan kamu ketika itu ada sebiji buah kurma, jika kamu masih lagi berkesempatan untuk menanamnya, maka hendaklah kamu menanamnya"


Jika diteliti dari hadis tersebut, jelas menunjukkan bahawa betapa berharga dan bernilainya setiap detik perjalanan masa,yang semestinya diurus dengan baik dan terurus.

Ok, nak cakap kat sini, untuk semua yang bakal menghadapi fatrah imtihan nanti. Baca la buku atau study betul2 even waktu tu lagi beberapa hari,jam,minit,saat sahaja lagi exam nak bermula. Jangan sia siakan masa yang ada tu walau hanya seminit.

Even waktu kiamat nanti ade sebiji kurma pon kat tangan kita,hendaklah kita tanam ia juga. Inikan waktu yang hanya tinggal beberapa jam or minit lagi exam dah nak mula,kita bacalah buku tu even sekadar selak2.

Jangan fikir yang 'aku dah takde masa lagi ni' sedangkan masa itu ada cuma  kita je yang tak pandai menggunakannya dengan baik. Jangan juga fikir yang baca last minit ni akan membuatkan kite lagi lupa semua apa yang kita baca sebelum2 ni. 



TAPI



TAPI



TAPI




Tapi dengan syarat,kite kenalah habis study sebelum tiba waktu exam tu nanti. Cumanya lagi beberapa jam sebelum exam mula tu, kite tinggal selak2 je untuk dapatkan ingatan photogenic dari buku tersebut atau nak review2 sempoi. Bukan bermaksud lagi beberapa jam nak exam,kite baru nak faham sesuatu tajuk tu. Kalau dengan cara tu,mungkinlah mendatangkan keburukan seperti gabra,blur n dll. 



Selalu ingat Allah kata macam ni in AL-QURAN:




Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan(balasan) apa yg diusahakannya
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan kepadanya pada hari kiamat kelak.
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang sempurna.

(53: 39-41)

Yang penting kita kena USAHA, kejayaan tak akan datang bergolek. Buah rambutan pun takkan jatuh bergolek kalau takde orang yang menggoyang2 kan pokok tu kan kan kan.HUHU



Jadual exam awok :)



Okla kawan2 semua,selamat menanam kurma dan teruskan usaha membuat preparation sebelum peperangan bermula nanti :)
Doakan saya dan kawan2 semua. Doakan kjayaan kita semua.
Untuk family yang ada berada di Malaysia, doakan org tau tau <3




cheekyzbaby wish ALL THE BEST TO ALL!


Saturday, March 12, 2011

Messages from HIM


In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious


Seperti semua sedia maklum, kita digemparkan dengan berita tsunami yg melanda Jepun baru-baru ni kan. Dengan skala ritcher 8.9. Bencana ini adalah yg terbesar di negara ini dalam dalam sejarah 300 tahun.


11 MAC 2011






AL-FATIHAH utk arwah sahabat saya Allahyarham Ahmad Sarhan Bin Ahmad Khan yg telah pulang ke rahmatullah pada 11 MAC 2010 yg lalu.

Ingatlah wahai sahabat2ku semua, ini adalah peringatan daripada ALLAH utk kita semua. 
 

 "Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu). Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
(154:34)

*stickynote*
  • esok dah kene balik, walaupun adalah sedih sikit namun perjuangan harus diteruskan. kita kan nak pergi utk menuntut ilmu,jadi kenela happy kan :) ni pun dah dikira sbg jihad tau ^_^
  • kawan2! jom kite balik dgn bersemangat utk menuntut ilmu krn ALLAH :)
  • egyptair, 0030,14MAC2011. Trimas kerajaan SELANGOR!
  • doakan saya.ngee~

Sunday, February 13, 2011

Malaysia

In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious

Alhamdulillah,
Dah selamat sampai Malaysia pada:

Tarikh: 11/2/2011
Jam : 1.49 pagi
Flight : MAS

Terima kasih kepada semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung :)

Sekarang kena FOKUSSS STUDY.
Exam makin dekat walaupun tak tahu lagi tarikh sebenar bila. 
Manfaatkan masa sebaiknya sebelum menyesal!

Mood: Semakin bersemangat insyaALLAH. ^.^ (kwn2,tolong initiate saya. really need it)


Monday, May 24, 2010

Saya Rindu

In The Name Of ALLAH, The Most Merciful Most Gracious


Special credit to Asilah for this video :))

Thursday, May 13, 2010

New Final Exam Schedule

 In The Name Of Allah The Most Merciful Most Gracious

3 JUN - Physiology Written
4 & 5 JUN - Physiology Oral

9 JUN - Biochemistry Written
10 & 11 JUN - Biochemistry Oral

15 JUN - English

20 JUN - Anatomy Written
21 & 22 JUN - Anatomy Oral

26 JUN - Histology Written
27 & 28 JUN - Histology Oral
 
Go for Mumtaz!

  You dont have much tyme. Please wake up from dreaming! please!!!
 
YA SAYA BOLEH!

Akan aku pastikan suatu hari nanti aku akan menjadi seorang  
DOKTOR MUSLIMAH yg berjaya &
berkhidmat buat agama!


malas. lara. kuat tidur. buang masa. lagho.
YA ALLAH,

Permudahkanlah islahku ini.
Kurniakanlah fikiran yang fokus & sibuk 
dengan persediaan imtihan serta sibuk dlm mengingatimu.
Yang susah permudahkanlah..
Yang berat,ringankanlah..
Yang lupa, ingatkanlah..
Yang keliru, mudahkan fahamannya..


Ajarkanlah bahawa belajar ini bukan untk sesiapa
tapi hanya untukMU, 
bukan untuk diri sendiri
bahkan untuk seluruh umatMU,
bukan untuk saat ini, 
bahkan untuk sepanjang zamanMU.

Aminn.. 

  

sticky note:
  •  anyone (if u dont mind or have free tyme), plis initiate my action potential to study. I really2 need impulse to support me!
  •  pray 4 our success together
  •  i really need tachycardea now for this coming exam!
  • cardiac output, stroke volume, Na influx, plis2 increase inside my body.
  • nafsu tak elok, bisikan syaitan, plis GO AWAAY. I dont need u all!
  • akhowat2 : RIGHT man at the RIGHT time k :D


    Wanita & Pohon Semalu


    In The Name Of Allah, The Most Merciful Most Gracious
    Ianya hanya sebuah kisah... 
    Tapi pasti bermakna buat wanita dan perempuan yang ingin dirinya sempurna..
    Ceritanya bermula..

    Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. 
    Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. 

    Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. 

    Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

    Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). 
    Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. 



    Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 
    Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. 
    Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...



    Monday, May 10, 2010

    Delay AGAIN

    In The Name Of ALLAH, The Most Merciful, Most Gracious

    "Latest update on the examination date, the university states that the exam will begin in June 3rd"

    .Exam diisytiharkan delay AGAIN.
    .Just know not less than 24 hours before the examination start. 
    .This is the final decision from the minister maybe?

    Hope so.
    buat kali yg ke berapa eh?
    hurm adoi. mcm byk kali pulak.
    baru 3 kali or 2 kali kot.

    Sesungguhnya duduk di Mesir ni mmg byk ujian.
    Bak pepatah mengatakan:

    MIM- Musibah
                              SOD- Sabar         =       MESIR
    RO- Redha

    Jadi, walaupun exam delay, study jangan delay ye kwn2.
    Almost near 1 month juga tu exam start balik.

     Ade hikmah di sebalik semua yg berlaku ni kan.

    Maka bersabarlah kamu dgn sabar yg cantik ye.:)
    (Surah Al- Ma'arij, Ayat 5) 

    Walaupun ia agak memainkan perasaan juga di situ. 
    Biasalah,rules dkt Malaysia dgn Mesir kan lain.
    Kenalah biasa2 kan. dah nama pun duduk mesir kan.
    Bukannya sekejap. Bertahun tahun lagi nak hadapi 
    semua benda dekat sini insyaALLAH.

    Maybe,balik Malaysia pun delay kot.
    Tak tahu lagi yg tu mcm mana.

    Kita tunggu dan lihat sahaja. :D
    InsyaALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya.
     Aminn.

    Friday, April 30, 2010

    Ada apa dgn angka 19?

    In The Name Of Allah, The Most Merciful, Most Gracious

    19
     

    bermakna sudah lebih kurang 19 thn aku bernafas di muka bumi ini.
    Semoga ALLAH redha dgn umurku.
    Ya ALLAH, pimpinlah aku agar sentiasa berada di jlnMU,
    supaya sepanjang hidupku di dunia ini sbg hambaMU tidaklah sia sia. 


    *************

    Terima  kasih kpd kakak kesayanganku, KAK HANI..:)
    dan juga my beloved housemate.

    Dalilah. Su. Mira.
    Nabilla. Dila.


    kerana sudi meluangkan masa untuk meraikan hari gembira ni
    walaupun sekarang tengah fatrah imtihan.
    I am happy and really appreciate it. 

    kamu semua telah berjaya membuatkan air mata ini 
    mengalir 'kegembiraan' plus 'keterharuan'





    tapi, walau ape pon saya tetap happy.



     

    hehehehehee...



    seni atas kek tu simbolik kasih syg kami  :)


     Kak Hani nk posing ngn air tu ke? :p


     mira tgh usha ape yg ade dlm bungkusan tu ke? hik3.
    ala mira, bukak je plastik tu terus. Aii dila,mkn tgn kiri ke tu..:p


     Dalilah sempat lg pndang camera erk..


     Tema yg tak dirancang - PINK! :D


     We're happy family ;)


    Su dah lapar ek. Nmpknye nasi yg menjadi pilihannya dulu.. XD


    Nabilla nak potongkan kek ke tu :D


     3 black VS 1 pink


     anda tahu apa yg anda lihat. huhu


    and

    and

    and



    saya dapat ini drp mereka..:)



     
     nak tahu apekah di dlm tu??

    jom kita bkak!


    1







    2













    3





    =)


    cute from my roomate ;)


    cute from bella :D


    ************************


    And tak lupa gak kwn2 kat malaysia yg wish.
    really appreciate it :)
    thx coz remember!

    furqan. nik. amir. meha.
    yusra. amira.
    nabilah. hanis. 
    all tantarians. kak aimi.
    and lots more!

    THANX A LOT. MISS ALL OF U SO MUCH.

    To my sis, thanx a lot k..:)

    jauh di mata dkt di hati.
    i am proud tu have a sister like you.:)


    special from my sis <3




    DYRA
    -29/4/2010-
    copyright reserved, by http://cheekyzbaby.blogspot.com